Khamis, 8 Disember 2011

Isu Isu Dalam Pendidikan Jasmani


Setiap ahli sukan perlu menunjukan prestasi yang terbaik untuk mencapai kejayaan.Prestasi yang baik dapat dicapai melalui latihan yang berkesan serta dengan mengikut undang undang dan peraturan . Tetapi ada ahli sukan yang cuba mengambil jalan mudah dengan mengambil dadah.

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan
Pengambilan dadah adalah salah dari segi undang - undang dan dilarang dalam sukan kecuali untuk tujuan perubatan.Perbuatan mengambil dadah oleh ahli sukan akan membawa kesan buruk kepada mereka.Ada banyak jenis dadah/stimulant yg disalahgunakan oleh ahli sukan
antaranya dari kelas - kelas stimulant, narkotik, anabolik, diuretik, anti-oestrogenik, kanabinoid,
& bahan larangan yg lain termasuk la kokain, anestetik, analeptik;bahan yg merangsang hormon, psikoplegik, etc tapi yg paling popular - kumpulan steroid anabolik, amphetamine, kumpulan narkotik, alkohol..

KENAPA penggunaan dadah/stimulant ini SALAH? :
- Faktor Kesihatan : akan beri kesan kalau disalahgunakan atau berlebihan
- Faktor Etika : memberi kelebihan prestasi yg lebih tinggi drpd tahap keupayaan biasa     

- Faktor Undang - undang : memiliki/mengambil dadah adalah menyalahi undang2 & nilai masyarakat

KENAPA atlit - atlit ni nak juga mengambil dadah/stimulant? :
- Mahukan kesan - kesan daripada pengambilan dadah tu
- Tidak puas hati dengan prestasi sendiri
- Pengaruh rakan sebaya
- Tekanan dari latihan
- Tekanan untuk memenuhi harapan/expectation orang lain
- Untuk penuhi syarat - syarat kelayakan acara sukan tu (contoh : atlit angkat berat & bina badan)

Berikut contoh kesan pengambilan steroid anabolik :
- Menggalakkan pertumbuhan & pemulihan tisu dengan meningkatkan proses metabolik
- Menghasil & membina lebih banyak otot & menguatkan otot - otot itu
- Membantu mengurangkan kecederaan tisu & otot ketika latihan
- Mtlit berasa lebih agresif apabila mereka mengambil steroid
- Memberi kesan euphoria

Kesan pengambilan dadah stimulant (contoh: kafein & amphetamine) :
- Mengurangkan keletihan
- Mengawal selera makan
- Menjadikan seseorang itu lebih segar dan agresif
- Merangsang sistem saraf
- Meningkatkan denyutan jantung & tekanan darah
- Meningkatkan suhu badan & kadar metabolisma
- Boleh juga digunakan utk mengurangkan tekanan

Itu antara contoh - contoh dadah & kesannya..




0 ulasan:

Catat Ulasan