Selasa, 13 Disember 2011

Makro 1

Khamis, 8 Disember 2011

Etika Dalam Sukan

Etika sukan
Suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan.

Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut:


ATLET
• Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan
• Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
• Mempamerkan mutu permainan yang tinggi
• Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah
• Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan
• Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan
• Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi
   pemain lawan dan penonton
• Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.
















PENONTON
• Mematuhi peraturan tempat pertandingan
   Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri
• Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan
• Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian
• Menghargai persembahan permainan yang berkualiti
• Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan
• Mengelakkan provokasi

Isu Isu Dalam Pendidikan Jasmani


Setiap ahli sukan perlu menunjukan prestasi yang terbaik untuk mencapai kejayaan.Prestasi yang baik dapat dicapai melalui latihan yang berkesan serta dengan mengikut undang undang dan peraturan . Tetapi ada ahli sukan yang cuba mengambil jalan mudah dengan mengambil dadah.

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan
Pengambilan dadah adalah salah dari segi undang - undang dan dilarang dalam sukan kecuali untuk tujuan perubatan.Perbuatan mengambil dadah oleh ahli sukan akan membawa kesan buruk kepada mereka.Ada banyak jenis dadah/stimulant yg disalahgunakan oleh ahli sukan
antaranya dari kelas - kelas stimulant, narkotik, anabolik, diuretik, anti-oestrogenik, kanabinoid,
& bahan larangan yg lain termasuk la kokain, anestetik, analeptik;bahan yg merangsang hormon, psikoplegik, etc tapi yg paling popular - kumpulan steroid anabolik, amphetamine, kumpulan narkotik, alkohol..

KENAPA penggunaan dadah/stimulant ini SALAH? :
- Faktor Kesihatan : akan beri kesan kalau disalahgunakan atau berlebihan
- Faktor Etika : memberi kelebihan prestasi yg lebih tinggi drpd tahap keupayaan biasa     

- Faktor Undang - undang : memiliki/mengambil dadah adalah menyalahi undang2 & nilai masyarakat

KENAPA atlit - atlit ni nak juga mengambil dadah/stimulant? :
- Mahukan kesan - kesan daripada pengambilan dadah tu
- Tidak puas hati dengan prestasi sendiri
- Pengaruh rakan sebaya
- Tekanan dari latihan
- Tekanan untuk memenuhi harapan/expectation orang lain
- Untuk penuhi syarat - syarat kelayakan acara sukan tu (contoh : atlit angkat berat & bina badan)

Berikut contoh kesan pengambilan steroid anabolik :
- Menggalakkan pertumbuhan & pemulihan tisu dengan meningkatkan proses metabolik
- Menghasil & membina lebih banyak otot & menguatkan otot - otot itu
- Membantu mengurangkan kecederaan tisu & otot ketika latihan
- Mtlit berasa lebih agresif apabila mereka mengambil steroid
- Memberi kesan euphoria

Kesan pengambilan dadah stimulant (contoh: kafein & amphetamine) :
- Mengurangkan keletihan
- Mengawal selera makan
- Menjadikan seseorang itu lebih segar dan agresif
- Merangsang sistem saraf
- Meningkatkan denyutan jantung & tekanan darah
- Meningkatkan suhu badan & kadar metabolisma
- Boleh juga digunakan utk mengurangkan tekanan

Itu antara contoh - contoh dadah & kesannya..




Pengenalan : Visi SK Batu Kurau & Sekitar SK Batu Kurau(Gambar)

VISI SEKOLAH SK BATU KURAU


SUATU USAHA KE ARAH MENJADIKAN SKBK CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
MENJELANG 2010

                      MISI SEKOLAH SK BATU KURAU

BERSAMA - SAMA MELAKSANAKAN SISTEM PENDIDIKAN BERTERASKAN ILMU PENGATAHUAN

UNTUK MELAHIRKAN KECEMERLANGAN YANG BERTARAF DUNIA DALAM BIDANG:

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN YANG CEKAP, BERKESAN, TELUS DAN TULUS

AKADEMIK YANG BERASASKAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM YANG TERBILANG

SAHSIAH YANG BERASASKAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN

SUKAN YANG BERASASKAN PENDEKATAN SAINTIFIK DAN INOVATIF

KOKURIKULUM YANG BERASASKAN PEMBINAAN GENERASI BESTARI, JATI DIRI DAN INTEGRASI NASIONAL



Pintu Masuk Sekolah



 
Kantin Sekolah

Bangunan Utama Sekolah